Saturday, April 19, 2014

Tulisan Pertama Mama Iman

Ini adalah catatan yang pertama untuk blog ini..sesungguhnya aku ini bukannya pandai sangat menulis..tapi akan ku kongsikan apa jua yang bermanfaat di dalam blog ni. Semoga blog ini akan menjadi rujukan kepada anak-anakku dan pembaca sekalian..kenapa nama blog mama iman? kerana nama anak-anakku semua ada iman..Nur Afiqah Iman, Nur Bashirah Iman dan Muhammad Caliph Iman.So far baru 3..A, B, C, after this will be 'D'..kalau ada rezeki lah..Semoga mereka benar2 menjadi orang yang beriman..
 
Elok rasanya bagi catatan yang pertama ini saya kongsikan dengan sedikit cerita yang bermanfaat.
 
Ke mana hala tuju hidup kita?
 
Dalam hidup ni kita kena ada "goal".Iyelah, even kita kerja pun kita ada SKT, ada KPI, syarikat pun ada visi , misi , so begitu juga dengan hidup kita. Bagi kita orang Islam sudah tentu goal kita nak masuk syurga di akhirat kelak, so kita kena penuhi kehidupan kita ini dengan amal yang bermanfaat.
 
Hidup ini hanya sementara. Kita telah dihidangkan dengan syurga dunia. Semua orang inginkan kehidupan yang sempurna. Membina keluarga yang bahagia dan diisi dengan nilai-nilai keislaman sudah boleh disebut mencipta syurga dunia..iyelah..kalau tak, tak ada orang menyebut rumah ku, syurgaku..maknanya bila baik umah rasa bahagia sangat, rasa tak nak kita tinggalkan..
 
Oklah, article dari I luv islam ini menarik untuk dikongsikan , tajuk:
 
Ayuh bina syurga dunia. Bleh klik di sini..
 
Perenggan akhir tu menarik:
 
"Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana."
 
Sesungguhnya anak-anak itu juga adalah harta yang berharga dan akan mendoakan kita apabila kita telah tiada kelak.Semailah mereka dengan iman dan amal.
 
 
 
 
Love, Mama Iman